Wednesday 29 August 2012

Soalan Asas Penyejukan


Contoh Soalan:

Sebuah system penyamanan udara menpunyai jumlah kuantiti udara 85 m³/min, kuantiti udara balik 56.7 m³/min, suhu udara balik 26.7ºC db, 16.7ºC wb, kuantiti udara luar 28.3 m³/min, suhu udara luar 32.2ºC db, 23.9ºC wb.Berapakah  suhu udara campuran buli kering (db) bagi system tersebut ?


JAWAPAN


tm = (m³/minoa x tod)+ (m³/minra x trm)
                            m³/minsa

tm = (28.3 m³/min x 32.2ºC db) + (56.7 m³/min x 26.7ºC db)
                                               85 m³/min

tm = 28.53 ºC db
            

Wednesday 15 August 2012

SISTEM ASAS PENYEJUKAN





Sebelum suatu kitar penyejukan dihasilkan, beberapa ujian perlu dijalankan untuk memastikan bahan pendingin dapat berfungsi sepenuhnya.


PERINGKAT-PERINGKAT KITAR PENYEJUKAN ASAS


  1. Injap mengawal aliran bahan pendingin. Bahan pendingin masih terbuang.
  2. Lingkaran penyejat yang dibuat daripada tiub tembaga digunakan untuk proses penyejukan dan bahan pendingin masih lagi terbuang.
  3. Untuk proses penyejukan yang lebih efektif, sirip diletakkan pada permukaan penyejat.
  4. Kipas diletakkan pada penyejat untuk proses penyejukan yang lebih cepat. Tiada penambahan komponen untuk peringkat ini.
  5. Kitar ujian dilengkapkan dengan menyambungkan tiub dari penyejat masuk ke tangki bahan pendingin tetapi haba yang diserap tidak dapat dibuang dan dimasukkan semula ke dalam tangki bahan pendingin.
  6. Pemampat diletakkan pada kitaran ujian untuk memampatkan haba dan bahan pendingin. haba yang diserap dan dimampatkan tidak dapat di singkirkan.
  7. Pemeluwap diletakkan untuk melengkapkan kitar ujian ini sebagai asas dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara. Kipas yang diletakkan pada kedua-dua penyejat dan pemeluwap berfungsi untuk proses penyerapan dan penyingkiran haba.

PRINSIP PENYAMANAN UDARA






Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.

Tuesday 14 August 2012

PENGENALAN ASAS PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA




Udara daripada sistem perlu diagihkan kepada sesuatu ruang bagi memberikan keselesaan 
kepada pengguna yang menerima udara tersebut. Bagi tujuan ini, halatuju, suhu dan bentuk agihan peredaran udara tersebut hendaklah diselaraskan pada nilai tertentu manakala salur udara digunakan mengagihkan udara daripada bilik pengagihan ke ruang yang didinginkan dan mengembalikan semula ke bilik pengagihan [Rajah 2.0]. Kebiasaannya system salur (ducting) digunakan oleh system penyamanan udara komersial. Salur udara bagi sistem penyamanan udara terdiri daripada :
          i. Salur udara utama-Membawa udara bersih sejuk kebilik yang didinginkan.
          ii. Salur udara balik-Membawa kembali udara yang telah diedarkan kebilik kembali   
             semula ke unit pengelolaan udara untuk dirawat semula.